Saturday, June 7, 2014

Fahami hidup sendiri



Pernah tak kadang2 bila kau duduk seorang diri, kau termenung. Kau terfikir kenapa hidup aku macam ni kenapa hidup aku tak sama macam orang lain. Kadang2 kau rasa macam tak adil.

Yes. Jangan risau. Aku selalu rasa macam tu. Orang putih kata ‘overthinking’. Yelah dah kau dok sorang2, apa lagi kau boleh buat. Termenung lah.

Kadang2 aku tengok hidup orang lain macam perfect. Dah lah cantik, pandai, family senang, bak kata orang full package. Memang aku tak nafikan memang aku cemburu. Tapi kena ingat, kau tak tahu apa yang dia lalui. Mesti ada benda yang tricky dalam hidup dia juga.

Manusia.

Kadang2 tak bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita bandingkan hidup kita dengan orang lain. Hey, semua orang tak sama okay. Hidup aku Tuhan dah aturkan semuanya perfectly. Mungkin aku yang tak sedar lagi. Tapi aku tahu, disebalik semua ni, ada hikmahnya.

Aku bersyukur disetiap apa yang ada. Ya, mungkin hidup aku susah. Nak makan pun kadang kena ikut bajet, nak shopping apa tah lagi, tapi aku selalu cuba fikir dari sudut positif, ni semua permulaan hidup aku. Aku mula dari bawah. Perlahan2 aku merangkak, kalau satu hari nanti aku dah boleh berlari, dan kalau ditakdirkan aku jatuh, at least aku pernah merasa macam mana susahnya hidup ni. Dan aku akan lebih menghargainya.

Mungkin aku takde sesiapa yang jaga aku kat sini, tapi aku bersyukur ada kawan2 kat sini yang selalu ada dengan aku. Yang ada time aku susah senang, yang selalu kena marah ngan aku, yang selalu kacau hidup aku, yang tahankan je perangai lasak aku ni. Untuk itu, aku tahu, Tuhan dah kurniakan aku semuanya.

Mungkin orang tengok hidup aku mudah. Gelak, ketawa, gila-gila, lepas cakap je, tak hiraukan perasaan orang, tapi aku cuma manusia biasa. Kadang bila aku rasa berat sangat, aku kena luahkan juga perasaan ni. ‘A smiling person hide a thousand pain’. Mungkin ni cara aku. Untuk aku lupakan masalah aku semua seketika.

Sabar Ten. Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Kita rancang, Tuhan tentukan. Mungkin Dia akan bagi yang lebih bagus dari apa yang aku minta.

Soal hidup, aku cuma biarkan go with the flow. Untuk rancang masa depan aku, aku rasa takpayah lah. Jalan apa yang ada depan aku, aku ikut. Lagipun, bukan ke hidup ni penuh dengan kejutan?


FatinY

thanks for reading

No comments:

Post a Comment

shout here :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...