Friday, October 10, 2014

Masih sendiri

Mungkin manusia punya pengalaman. Bertahun.
Mungkin kau fikir kau cukup kenal seseorang tu walaupun kau bilang kau kenal dia dari lahir.
Kau pasti?

Aku punya ramai kawan. Kawan lelaki.
Aku bukan seorang yang sosial. Yang senang bergaul. Tidak sama sekali.
Mungkin kerna aku belajar kos yang di monopoli oleh kaum tersebut. Dan mungkin kerna aku penat dengan drama sekaum? Ouh aku bukan racist pasal kaum sendiri. Lagipun cerita takde kena mengena dengan racist pun. Jadi, kita abaikan bab tu.

Disebabkan ramai kawan lelaki so slowly aku adapt dengan perangai diorang. Aku perati. Kadang2 aku join diorang. Ushar awek sana sini. Gelak2 sana sini. Aku senang dengan mereka. Jadi aku fikir, aku dah kenal mereka. Rupanya, itulah kesalahan terbesar aku. Aku fikir aku kenal mereka. Aku fikir aku kenal yang namanya LELAKI.

Masa berlalu. Aku akhirnya keseorangan.

Persoalannya, kenapa kau jatuh cinta? Aku tahu perasaan tak boleh dipaksa, natural tapi kenapa kau pergi? Aku dah pesan, tolong jangan jatuh cinta. First rules persahabatan kita. Tapi kau degil. Kau setia dengan aku. Kau selalu dengan aku. Kau dengar cerita aku. Kau nasihat aku. Kau jadi punchbag aku. Kau jadi pendengar setia aku. Kau jadi segalanya untuk aku. Untuk persahabatan ni.

Tapi kenapa satu hari tu kau pergi? Kau kata kau give up. Kau give up untuk apa? Perasaan kau atau persahabatan ni? Aku dah terlalu attach dengan kau. Kau mainkan aku. Kau mainkan persahabatan ni atas dasar perasaan kau pada aku. Salah aku ke?

Sekarang aku sendiri. Tanpa kau. Aku pandang sekeliling. Sepi. Aku rasa kosong. Betapa aku rindukan persahabatan kita. Aku lepaskan kau pergi. Kau berhak bahagia. Mungkin bukan dengan aku. Tapi kau kena ingat, sebelum kita bawa diri masing2 aku dah pesan, sejauh mana kau lari, sesusah mana kau nanti, aku tetap disini. Tak pernah kemana mana, masih menantikan sebuah persahabatann untuk kita.

Aku rindukan kau. Pergilah. Kau berhak bahagia. Mungkin memang aku ditakdirkan untuk tetap sendirian. Aku masih disini.


Menantikan senyuman kau semula.




thanks for reading

No comments:

Post a Comment

shout here :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...