Tuesday, November 18, 2014

Ending


Terima kasih.

Untuk segalanya.
Sekarang aku rasa lebih tenang. Lebih bahagia.
Mungkin kau sering kali muncul dalam mimpi aku tapi tak macam  dulu. Kali ni aku bangun dengan tersenyum.
Kaulah kenangan terindah yang pernah singgah dalam hidup aku. Terima kasih untuk itu.
Kau yang ajar aku betapa susahnya hidup ni.
Kau yang berikan aku sokongan, dorongan disaat aku jatuh. Disaat aku tersungkur. Kaulah semangat aku.
Kau yang ajar aku apa itu cinta. Aku benar-benar cintakan kau.
Semua yang kau buat tak pernah sekali pun kau ungkit. Tak pernah.
Sekarang aku rasa lebih kuat.
Hati aku tak sakit dah lihat kau bahagia. Malah aku bahagia. Dan aku doakan kau bahagia.
Aku suka tengok kau gembira. Macam dulu-dulu. Kau tersenyum. Aku pun tersenyum bahagia.
Aku tak simpan dendam. Mungkin ada lah sikit tapi sekarang aku dah belajar untuk terima semua ni.
Aku belajar untuk melepaskan.
Hati aku tak sakit.
Hati aku tenang.
Hati aku gembira.
Aku tak belajar lupakan kau. Atau tak cintakan kau.
Aku masih cintakan kau.
Cuma cinta aku tak macam dulu.
Aku doakan kau temui seseorang yg cintakn kau lebih dari aku cintakan kau sebab aku takan pernah sesekali buang rasa cinta ini.


Cinta yang sama cuma tidak seindah dulu.

thanks for reading

No comments:

Post a Comment

shout here :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...