resepiAKU !

oreo cheese cakes


actually dia cake buka cupcake . tapi aku ubah sikit jadi cupcake . sukahati korang lah nak buat macam mana kan .





bahan-bahan :
500 gm krim keju
200 gm gula kastor
2 sudu teh jus lemon
3 biji telur
160 ml air

bahagian lapisan bawah kek :
3 sudu makan mentega
300 gm oreo


cara memasak :
  1. untuk lapisan bawah kek , cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan biskut oreo yang telah di hancurkan ( kalau tak nak manis, buang krim dekat oreo ). gaul rata.
  2. masukkan adunan tadi ke dalam loyang atau cup cakes dan mampatkan . kemudian, ketepikan.
  3. untuk kek , pukul krim keju dan gula kastor sehingga kembang.
  4. masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati .
  5. masukkan jus lemon dan air , gaul hingga sekata. tuang adunan ke dalam loyang atau cup cakes .
  6. panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  7. setelah siap sejukkan dan kemusian hiaskan .  ( aku letakkan krim ising )
*selamat mencuba :)



creamy puff           

6pak macam ta sedapp , tapi perggghh weh . sedapp 


bahan2 :

susu segar      250ml                                 
mentega         100gm
gula kastor     15gm
garam           5gm
tepung roti     125gm
telur          150gm ( dalam 3 biji )

bahan untuk cream :
instant custard    125gm
susu UHT           82gm

cara2 membuatnya :
  1. panaskan susu sampai mendidih .
  2. masukkan mentega , gula , dan garam .
  3. masukkan tepung & gaul sebati .
  4. masukkan dalam mixing bowl dan pukul sampai suam .
  5. masukkan telur sebiji2 sampai kembang .
  6. bentukkan dengan piping bag .
  7. bakar suhu 200c dalam 20-25 minit .
 cara buat cream :

  1. satukan kedua dua bahan , kacau hingga pekat .
  2. paipkan dalam krim puff ( yang sudah dibakar )
  3. sedia dihidang .



*cuba lah try , buat besar2 sikit , aku buat kecik gilerr , hehe ..

FATINyaya






muffin



bahan2 :

tepung muffin (muffin mix )        500gm
minyak (vegetables oils)           150gm
air masak                          100gm
telur                              3 biji

cara membuatnya :
  1. pukul telur sampai kembang .
  2. masukkan tepung , minyak dan air .
  3. pukul hingga kembang 
  4. masukkan dalam cup
  5. bakar pada suhu 150c dalam 20-25 minit


p/s : jika nak tambah apa2 atas muffin boleh . gambar kat atas saya letak chocolate rice sebagai penghias . perisa juga boleh ditambah . jika mahu kek coklat , tambahkan sedikit tepung coco .
selamat mencuba !  :)

FATINyaya


thanks for reading

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...